Duration 4100

CIMB Bank raih Anugerah Bank Runcit Terbaik di Malaysia oleh The Asian Banker

132 watched
0
0
Published 10 Apr 2023

CIMB Bank dinobatkan sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada Anugerah Kecemerlangan Global dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit (RFS) 2023 oleh The Asian Banker Anugerah itu disampaikan di Konvensyen Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Runcit Ke-22 anjuran The Asian Banker di Hanoi, Vietnam Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata, pengiktirafan ini adalah selaras dengan fokus CIMB demi menerajui keutamaan digital dalam menghasilkan pengalaman pelanggan yang unggul   "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana menjadikan CIMB sebagai penyedia perkhidmatan kewangan serta rakan kerjasama mereka yang dipercayai" Antara pencapaian CIMB Bank yang menyerlah ialah fokusnya terhadap pemerolehan Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i (CASA) serta penawaran Akaun OctoSavers-i CIMB dengan fungsi pembukaan akaun Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC) secara elektronik sepenuhnya   Penawaran digital CIMB secara keseluruhan menerima sambutan yang baik, di mana jumlah deposit dalam Akaun OctoSavers-i CIMB meningkat tahun ke tahun sebanyak 94% pada akhir 2022   Pada 2022, CIMB juga memperkenalkan e-Zi Tunai CIMB, produk pinjaman peribadi pertama bagi pembiayaan mikro di Malaysia yang melaksanakan urusan pelanggan secara digital sepenuhnya melalui GOpinjam yang tersedia dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet   ​

Category

Show more

Comments - 0