Duration 11:49

Homemade boba pearls brown sugar milk tea by cik dadida

2 021 923 watched
0
57.2 K
Published 1 Nov 2019

#resepiviral hai semua , disebabkan ramai yang request untuk cik dadida buat boba homemade jadi harini cik dadida share resepi dan Cara untuk buat boba sendiri di rumah , jadi selamat mencuba Resepi boba tapioca pearls 1 cawan tepung ubi kayu 1/4 cawan gula merah 1/2 cawan air 1 sudu besar serbuk Koko ( penganti pewarna hitam ) Cara penyedian 1- Masak 1/2 cawan air bersama 1/4 cawan gula merah sehingga mendidih 2- sementara tunggu air mendidih campurkan 1 cawan tepung ubi bersama 1 sudu serbuk Koko , bila air gula dah mendidih masukkan 1 sudu tepung ubi Yang telah dicampur dengan serbuk Koko kemudian kacau sehingga sebati dengan api perlahan , kemudian masukkan lagi 1 sudu tepung dan kacau sebati , Bila dah sebati masukkan lebihan tepung kacau sehingga tepung melekat pada tepung yang telah dimasak kemudian tutup api 3- tuangkan adunan tepung keatas bekas kosong untuk Di uli menjadi doh , uli tepung semasa tepung Masih panas , tepung memang berderai dan perlu Di uli dengan menambah air sedikit demi sedikit sehingga membentuk menjadi doh 4- bentukkan adunan menjadi doh bulat dan potong kepada 8 bahagian , uli doh menjadi panjang kemudian potong mengikut saiz yang sesuai untuk dijadikan boba , bulatkan adunan menjadi bulat kecil sesuai saiz untuk boba dan masukkan kedalam bekas berisi tepung ubi supaya boba tidak melekat antara satu sama lain 5- Didihkan air untuk merebus boba pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan boba , rebus boba selama 20 minit dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya boba tidak melekat 6- setelah 20 minit tutup api dan tutup periuk dan biarkan selama 15 minit 7- sementara tunggu boba sejuk Dalam 15 minit , Kita masak air gula , masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan gula melaka masak sehingga gula hancur dan menjadi sedikit pekat dan tutup api 8- Setelah 15 minit tapis buang air rebusan boba dan bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kanji yang melekat pada boba 9- masukkan boba yang telah dibersihkan kedalam air gula yang telah dimasak Dah siap!!! selamat mencuba

Category

Show more

Comments - 1401